.

Friday, August 14, 2015

Samsung Galaxy Note 5 dilancarkan secara rasmi

Samsung terkenal dengan siri keluarga Note dengan S-pen nya dan sekarang Galaxy Note 5 diperkenalkan secara rasmi. Generasi kelima keluarga Note ini membawakan beberapa perubahan dari segi rekaannya. Meminjam DNA dari Galaxy S6 dan S6 Edge, Note 5 membawakan rekaan yang menarik dan memberi penambahbaikan kepada S-Pen dengan beberapa fungsi yang lebih baik dan menarik. Hadir dengan empat pilihan warna, Black Sapphire, Gold Platinum, Silver Titan dan White Pearl, Note 5 memberikan lebih pilihan kepada anda. 



Spesifikasi / Hardware

Note 5 hadir dengan pemprosesan 8-teras (octa-core), 4-teras 2.1Ghz + 4-teras 1.5Ghz 14nm Exynos 7420 (sama seperti Galaxy S6) dan disokong dengan sokongan memori sebesar 4GB RAM  LPDDR4 bagi memberi kelancaran dalam mengendalikan peranti ini, Note 5 hadir dengan storan dalaman sebesar 32GB dan 64GB, malanganya tiada slot kad tambahan disediakan untuk keluarga Note generasi kelima ini. Ini amat-amat mengecewakan pengguna yang memerlukan storan tambahan untuk simpanan gambar atau video. 

Dikhabarkan, Galaxy Note 5 akan hadir dalam versi 2 kad sim di Malaysia berkemungkinan pada September ini. Kapasiti bateri yang dibekalkan untuk menguasakan peranti ini adalah sebesar 3000mAh dan ia tidak boleh ditanggalkan. Ia hadir dengan fungsi pengecasan pantas serta "wireless charging". Hadir dengan kerangka aluminium, Note 5 memberikan keselesaan ketika memegang dengan bentuk sedikit melengkung dibahagian belakang kerangka ini. Saiz skrin dikekalkan sama seperti Note 3 dan Note 4, paparan skrin 5.7 inci dikatakan paling sesuai untuk keluarga siri Note kata pihak Samsung. Note 5 membawakan paparan skrin QHD 5.7" (2560 x 1440 pixels) Super AMOLED dengan 518 ppi. Sekaligus memberikan paparan teks dan gambar yang amat terang dan jelas.


Kamera

Kamera pada Note 5 adalah kamera yang sama digunakan pada Galaxy S6, 16MP dengan apperture f1.9 untuk kamera utama dan 5MP aperture f1.9 pada bahagian hadapan. Untuk kamera utama, sokongan penstabilan imej (OIS) disertakan bersama selain boleh merakamkan gambar dalam bentuk RAW. Kamera hadapan pula berupaya merakamkan imej dalam mod WideSelfie dan juga mod Advance Selfie.


S-Pen dan lain-lain

Keluarga Galaxy Note sememangnya terkenal dengan pen stylus atau disebut S-Pen dan menjadi satu tanda pekenalan bagi siri Galaxy Note. Seperti generasi sebelumnya, S-Pen pada Note 5 telah dikemaskini dari segi rekaan, kadar sentuhan pada skrin dan ia turut sama membawakan beberapa fungsi baru padanya. Paling menonjol, pengguna tidak perlu lagi mencungkil keluar S-Pen dari kerangka peranti, sebaliknya kali ini, pengguna hanya perlu menekan untuk mengeluarkan S-Pen dari kerangka. Ini akan memudahkan pengguna untuk menggunakannya apabila diperlukan.

Seperti generasi sebelumnya, penggunaan S-Pen menjadi fokus kepada Note 5, apabila S-Pen dikeluarkan, satu menu tetapan akan muncul dan memenuhi ruangan skrin dengan latar belakang kabur dan tidak lagi muncul menu yang kecil seperti yang dilihat pada generasi sebelum ini. Sokongan s-command pada Note 5 ditambah baik dimana pengguna boleh menetapkan sehingga 3 aplikasi yang diingini untuk diakses dengan lebih pantas pada s-command. Ketepatan dan kejituan ketika menulis juga ditambah baik dimana penggunaan S-Pen pada skrin nampak lebih semulajadi berbanding sebelumnya.

Fungsi pengimbas cap jari juga disertakan bersama Note 5, dimana pihak Samsung mengaplikasikan penggunaan cap jari bagi tujuan fungsi pembayaran Samsung Pay.

Audio pada peranti ini juga ditambah baik dimana Samsung menyediakan sokongan UHQ (ultra high quality) pada peranti ini. Untuk penggemar audio berkualiti tinggi, Note 5 ini mungkin menjadi pilihan anda.














Wednesday, August 12, 2015

1 iPhone - 2 Sim Kad - selamat datang PIECE

Dewasa ini, seringkali kita melihat orang ramai menggunakan telefon pintar dengan sokongan 2 kad sim. Dengan lambakan telefon pintar yang ditawarkan pengeluar, penawaran sokongan 2 kad sim ini dilihat sebagai satu kelebihan kepada mereka. Akan tetapi, kebanyakkan peranti utama atau "flagship" dari pengeluar seperti Samsung Galaxy S6, S6 Edge, LG G4 dan semestinya iPhone yang hanya menyokong 1 kad sim sahaja. 

Dan ini merupakan berita baik untuk pengguna iPhone di luar sana, PIECE, penyelesaian kepada masalah anda. 

Dilancarkan pada Julai 27, 2015 yang lalu, peranti ini merupakan peranti yang dapat menyokong kad sim kedua anda dengan hanya memasukkan kad sim anda kedalam peranti ini dan anda akan terus dapat menerima panggilan dan mesej terus kepada telefon pintar anda melalui sambungan Bluetooth 4.0. Dengan saiz hanya sebesar kad kredit, peranti ini mudah dibawa kemana-mana. 


Buat masa ini, PIECE hanya meyokong iOS dan pihak syarikat dalam perancangan untuk membawa peranti ini kepada pengguna Android. Peranti ini hanya menyokong kad sim Micro dan Nano dan ianya mampu bertahan sehingga 150 jam masa menunggu dan hanya bertahan selama 4 jam masa panggilan sahaja sekali caj penuh. 


Panggilan dan mesej dihubungkan melalui applikasi PIECE pada telefon pintar anda dan senarai kenalan pada kad sim di dalam PIECE juga dapat diakses melalui aplikasi ini. Sungguhpun begitu, peranti ini tidak menyokong data selular.


Salah satu kelebihan peranti ini, apabila ia berada jauh daripada anda notifikasi amaran akan berbunyi pada telefon pintar anda sekiranya PIECE berada 10 meter jauh dari anda, seterusnya applikasi PIECE akan menunjukkan kepada anda dimana PIECE anda berada.



Bagi anda yang berminat pada peranti ini, anda boleh membuat tempahan di laman rasmi PIECE di http://www.piece4sim.com/.






Thursday, August 6, 2015

Angry Birds 2


Rovio Entertainment menjadi popular setelah memperkenalkan permainan Angry Birds pada 2009. Semenjak dari kejayaan itu, pihak Rovio tanpa menoleh kebelakang telah memperkenalkan pelbagai variasi permainan ini bertemakan filem dan sebagainya. Antara viriasi ini termasuklah, Angry Birds Rio, Angry Birds Season, Angry Birds Space, Angry Birds Transformers dan yang terbaru Angry Birds 2.

Sekual terbaru ini membawakan tahap permainan yang lebih sukar serta beberapa ciri terbaru yang dibawakan oleh pihak Rovio. Rekaan grafik pula telah dikemaskini, seiring dengan teknologi pmprosesan grafik yang semakin tinggi pada peranti mudah alih sekarang. 


Muat turun Angry Birds 2 di Google Play Store...



Perkhidmatan penstriman muzik percuma dari Samsung - Samsung Milk Music

Samsung terkenal dengan pelbagai inovasi yang dibawanya. Terbaru, Samsung telah melancarkan perkhidmatan penstriman percuma yang dipanggil Milk Music di Malaysia. Perkhidmatan perstriman ini seumpama beberapa pihak yang lain seperti Spotify dan sebagainya. 
Hari ini (06.08.2015) Samsung Malaysia telah melancarkannya. Perkhidmatan ini percuma untuk pengguna peranti Samsung di Malaysia. Pengguna mendapat akses ke lebih 200 stesyen radio percuma dan boleh memilih gerne lagu kegemaran mereka sendiri. Untuk langganan secara premium, caj bulanan sebanyak RM9.99 dikenakan. Melalui langganan premium ini, pengguna ditawarkan dengan perkhidmatan bebas iklan, audio berkualiti tinggi dan juga pengguna boleh mendengar lagu secara luar talian (offline). 

Muat turun Milk Music di Google Play Store...


Wednesday, August 5, 2015

Spesifikasi Lenovo Vibe X3 tertiris

Pada awal tahun lepas di MWC 2015, pihak Lenovo mengumumkan akan memperkenalkan sekurang-kurangnya 5 telefon pintar untuk tahun 2015. Selepas pelancaran Vibe P1 Pro, nampaknya kali ini Vibe X3 akan mula memasuki pasaran telefon pintar peringkat pertengahan. Baru-baru ini spesifikasi Vibe X3 ini telah tertiris di aplikasi penanda aras GFX Bench.

Dikatakan Vibe X3 ini didatangkan dengan saiz skrin 4.9 inci HD penuh, berbeza dari  Vibe X2 sebelum ini yang didatangkan dengan saiz skrin 5 inci.  Dikatakan Vibe X3 ini akan hadir dengan kamera belakang 20MP dengan 2 led-Flash dan kamera hadapan 5MP.

Telefon pintar ini akan dikuasakan oleh cip pemprosesan hexa-core (6 teras) Qualcomm Snapdragon 808 1.8 Ghz Cortex A57 dengan unit pemprosesan grafik Adreno 418. Memori RAM sebesar 3GB serta memori dalaman sebesar 32GB didatangkan di dalam telefon pintar ini.




Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan Haram



Dewasa ini sering kali kita melihat anak-anak muda masa kita merokok menggunaan rokok elektronik atau mereka memanggil dengan nama vapor atau vape. Memang betul ia menggantikan rokok tembakau biasa dengan pengunaan teknologi yang terkini yang mana kita tahu Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa rokok itu adalah HARAM. Begitu juga dengan penggunaan rokok elektronik ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memutuskan yang rokok elektronik ini adalah HARAM sama seperti rokok konvensional biasa...

Hukum Menggunakan Rokok Elektrik/ E Cigarette/ Vapor Difatwakan Sebagai Haram Sama Seperti Rokok Sebenar



IRSYAD FATWA KE-63: HUKUM PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK / VAPOR

Alhamdulillah, dalam Irsyad Fatwa pada kali ini, kami seupaya mungkin cuba menekuni isu yang berkaitan dengan penggunaan rokok elektronik dan vapor atau vape yang sekarang ini begitu berleluasa digunakan termasuk kalangan remaja perempuan dengan pelbagai alasan. Antara alasan paling popular adalah sebagai pengganti kepada rokok sebenar untuk ditinggalkan dan berhenti secara perlahan-lahan atau tadarruj.

Alasan seperti ini seolah-olah menghalalkan cara dan penggunaan rokok elektronik dengan berleluasa.

Justeru, Irsyad Fatwa pada kali ini merasa terpanggil untuk membincangkan isu dan hukum berkaitan dengan rokok elektronik ini.

Definisi Rokok Elektrik

Rokok Elektronik (Elecronic Nicotine Delivery Systems atau e-Cigarette) adalah sebuah inovasi dari bentuk rokok konvensional menjadi rokok moden. Pada masakini, rokok elektrik juga dikenali sebagai vape atau vapor.

Pendapat Pakar

Dinyatakan di sini beberapa pendapat pakar berkenaan dengan penggunaan rokok elektronik, antaranya :

-Jumlah nicotine yang dalam e-rokok ini berbeza bergantung kenyataan tertulis dalam labelnya. Ia boleh mengandungi antara 6–8 mg dalam setiap 1 ml cecair (mg/ml), yang dilabelkan berkepekatan rendah. Ada juga yang mengandungi 16–18 mg/ml (berkepekatan tinggi) atau 24-36mg/ml (berkepekatan ekstra tinggi). Namun harus diketahui bahawa jika semua 60 mg nikotin diserap dalam darah, ia berpotensi untuk membunuh seorang dewasa yang tidak merokok. Jumlah ini bersamaan dengan 30-40 batang rokok konvensional.

-Saintis dari Bahagian Penilaian Farmaseutikal US Food and Drug Administration (USFDA) telah menguji 19 jenis e-rokok yang telah dikeluarkan oleh dua pengeluar (NJoy dan Smoking Everywhere). Mereka mendapati terdapat bahan ‘tobacco-specific nitrosamines’ (TSNAs), yang boleh menyebabkan kanser dalam kedua-dua jenama e-rokok itu. Malah kepekatan nikotin yang terdapat dalam e-rokok tidak sama dengan nilai yang ditulis pada label. Terdapat sedikit nicotine dalam e-rokok yang dikatakan “nicotine-free”.

-Pada September 2008, World Health Organization telah mengeluarkan kenyataan: “tiada kajian yang sahih menunjukkan e-rokok ini selamat dan berkesan sebagai rawatan penggantian nicotine. Oleh itu, pihak pengeluar haruslah melakukan kajian yang mendalam untuk menyokong dakwaan mereka bahawa e-rokok boleh digunakan untuk mengurangkan tabiat merokok” Lihat http://www.who.int/mediacentre/news/releases/2008/pr34/en/


Hukum

Berdasarkan daripada kenyataan di atas dan juga nas yang dinyatakan maka kami berpendapat bahawa penggunaan rokok elektronik juga hukumnya adalah HARAM. Ini kerana seperti yang kami ‘illahkan atau nyatakan sebab terhadap hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik ini bahkan kami nyatakan sekali lagi beberapa alasan antaranya:

-Qiyas kepada rokok sebenar
-Kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri. Ini merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berautoriti.
-Pembaziran
-Meniru budaya yang bukan Islam
-Dilihat tidak bermaruah

Terdapatnya fatwa ulama’ yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini. Justeru, kami berpendapat seperti itu juga dengan alasan yang diberikan di atas. Untuk ulasan pengharaman, sila rujuk Bayan Linnas Siri-18.

Fatwa Ulama’

Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram. (Lihathttp://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=129680)
Penutup

Dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok. Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok. Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.

Kami sepertimana isu merokok juga menyeru kepada khalayak umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik atau vapor berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan di atas. Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka. Semoga Allah kurniakan kepada kita taufiq dan hidayah dan berikan kepada kita kesihatan yang baik. Amin.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan