Samsung terkenal dengan siri keluarga Note dengan S-pen nya dan sekarang Galaxy Note 5 diperkenalkan secara rasmi. Generasi kelima keluarga Note ini membawakan beberapa perubahan dari segi rekaannya. Meminjam DNA dari Galaxy S6 dan S6 Edge, Note 5 membawakan rekaan yang menarik dan memberi penambahbaikan kepada S-Pen dengan beberapa fungsi yang lebih baik dan menarik. Hadir dengan empat pilihan warna, Black Sapphire, Gold Platinum, Silver Titan dan White Pearl, Note 5 memberikan lebih pilihan kepada anda.

Spesifikasi / Hardware
Note 5 hadir dengan pemprosesan 8-teras (octa-core), 4-teras 2.1Ghz + 4-teras 1.5Ghz 14nm Exynos 7420 (sama seperti Galaxy S6) dan disokong dengan sokongan memori sebesar 4GB RAM LPDDR4 bagi memberi kelancaran dalam mengendalikan peranti ini, Note 5 hadir dengan storan dalaman sebesar 32GB dan 64GB, malanganya tiada slot kad tambahan disediakan untuk keluarga Note generasi kelima ini. Ini amat-amat mengecewakan pengguna yang memerlukan storan tambahan untuk simpanan gambar atau video.
Dikhabarkan, Galaxy Note 5 akan hadir dalam versi 2 kad sim di Malaysia berkemungkinan pada September ini. Kapasiti bateri yang dibekalkan untuk menguasakan peranti ini adalah sebesar 3000mAh dan ia tidak boleh ditanggalkan. Ia hadir dengan fungsi pengecasan pantas serta "wireless charging". Hadir dengan kerangka aluminium, Note 5 memberikan keselesaan ketika memegang dengan bentuk sedikit melengkung dibahagian belakang kerangka ini. Saiz skrin dikekalkan sama seperti Note 3 dan Note 4, paparan skrin 5.7 inci dikatakan paling sesuai untuk keluarga siri Note kata pihak Samsung. Note 5 membawakan paparan skrin QHD 5.7" (2560 x 1440 pixels) Super AMOLED dengan 518 ppi. Sekaligus memberikan paparan teks dan gambar yang amat terang dan jelas.
Kamera
Kamera pada Note 5 adalah kamera yang sama digunakan pada Galaxy S6, 16MP dengan apperture f1.9 untuk kamera utama dan 5MP aperture f1.9 pada bahagian hadapan. Untuk kamera utama, sokongan penstabilan imej (OIS) disertakan bersama selain boleh merakamkan gambar dalam bentuk RAW. Kamera hadapan pula berupaya merakamkan imej dalam mod WideSelfie dan juga mod Advance Selfie.
S-Pen dan lain-lain
Keluarga Galaxy Note sememangnya terkenal dengan pen stylus atau disebut S-Pen dan menjadi satu tanda pekenalan bagi siri Galaxy Note. Seperti generasi sebelumnya, S-Pen pada Note 5 telah dikemaskini dari segi rekaan, kadar sentuhan pada skrin dan ia turut sama membawakan beberapa fungsi baru padanya. Paling menonjol, pengguna tidak perlu lagi mencungkil keluar S-Pen dari kerangka peranti, sebaliknya kali ini, pengguna hanya perlu menekan untuk mengeluarkan S-Pen dari kerangka. Ini akan memudahkan pengguna untuk menggunakannya apabila diperlukan.Seperti generasi sebelumnya, penggunaan S-Pen menjadi fokus kepada Note 5, apabila S-Pen dikeluarkan, satu menu tetapan akan muncul dan memenuhi ruangan skrin dengan latar belakang kabur dan tidak lagi muncul menu yang kecil seperti yang dilihat pada generasi sebelum ini. Sokongan s-command pada Note 5 ditambah baik dimana pengguna boleh menetapkan sehingga 3 aplikasi yang diingini untuk diakses dengan lebih pantas pada s-command. Ketepatan dan kejituan ketika menulis juga ditambah baik dimana penggunaan S-Pen pada skrin nampak lebih semulajadi berbanding sebelumnya.
Fungsi pengimbas cap jari juga disertakan bersama Note 5, dimana pihak Samsung mengaplikasikan penggunaan cap jari bagi tujuan fungsi pembayaran Samsung Pay.
Audio pada peranti ini juga ditambah baik dimana Samsung menyediakan sokongan UHQ (ultra high quality) pada peranti ini. Untuk penggemar audio berkualiti tinggi, Note 5 ini mungkin menjadi pilihan anda.

















No comments:
Post a Comment