Samsung terkenal dengan pelbagai inovasi yang dibawanya. Terbaru, Samsung telah melancarkan perkhidmatan penstriman percuma yang dipanggil Milk Music di Malaysia. Perkhidmatan perstriman ini seumpama beberapa pihak yang lain seperti Spotify dan sebagainya.
Hari ini (06.08.2015) Samsung Malaysia telah melancarkannya. Perkhidmatan ini percuma untuk pengguna peranti Samsung di Malaysia. Pengguna mendapat akses ke lebih 200 stesyen radio percuma dan boleh memilih gerne lagu kegemaran mereka sendiri. Untuk langganan secara premium, caj bulanan sebanyak RM9.99 dikenakan. Melalui langganan premium ini, pengguna ditawarkan dengan perkhidmatan bebas iklan, audio berkualiti tinggi dan juga pengguna boleh mendengar lagu secara luar talian (offline).
Muat turun Milk Music di Google Play Store...

No comments:
Post a Comment