.

Wednesday, August 12, 2015

1 iPhone - 2 Sim Kad - selamat datang PIECE

Dewasa ini, seringkali kita melihat orang ramai menggunakan telefon pintar dengan sokongan 2 kad sim. Dengan lambakan telefon pintar yang ditawarkan pengeluar, penawaran sokongan 2 kad sim ini dilihat sebagai satu kelebihan kepada mereka. Akan tetapi, kebanyakkan peranti utama atau "flagship" dari pengeluar seperti Samsung Galaxy S6, S6 Edge, LG G4 dan semestinya iPhone yang hanya menyokong 1 kad sim sahaja. 

Dan ini merupakan berita baik untuk pengguna iPhone di luar sana, PIECE, penyelesaian kepada masalah anda. 

Dilancarkan pada Julai 27, 2015 yang lalu, peranti ini merupakan peranti yang dapat menyokong kad sim kedua anda dengan hanya memasukkan kad sim anda kedalam peranti ini dan anda akan terus dapat menerima panggilan dan mesej terus kepada telefon pintar anda melalui sambungan Bluetooth 4.0. Dengan saiz hanya sebesar kad kredit, peranti ini mudah dibawa kemana-mana. 


Buat masa ini, PIECE hanya meyokong iOS dan pihak syarikat dalam perancangan untuk membawa peranti ini kepada pengguna Android. Peranti ini hanya menyokong kad sim Micro dan Nano dan ianya mampu bertahan sehingga 150 jam masa menunggu dan hanya bertahan selama 4 jam masa panggilan sahaja sekali caj penuh. 


Panggilan dan mesej dihubungkan melalui applikasi PIECE pada telefon pintar anda dan senarai kenalan pada kad sim di dalam PIECE juga dapat diakses melalui aplikasi ini. Sungguhpun begitu, peranti ini tidak menyokong data selular.


Salah satu kelebihan peranti ini, apabila ia berada jauh daripada anda notifikasi amaran akan berbunyi pada telefon pintar anda sekiranya PIECE berada 10 meter jauh dari anda, seterusnya applikasi PIECE akan menunjukkan kepada anda dimana PIECE anda berada.



Bagi anda yang berminat pada peranti ini, anda boleh membuat tempahan di laman rasmi PIECE di http://www.piece4sim.com/.






No comments:

Post a Comment